Manchester City atasi Manchester United di Old Trafford

Silva (kiri) meraikan jaringan kedua bersama Phil Foden semasa perlawanan Manchester United menentang Manchester City di Old Trafford, Manchester, malam ini. - Foto AFP
Silva (kiri) meraikan jaringan kedua bersama Phil Foden semasa perlawanan Manchester United menentang Manchester City di Old Trafford, Manchester, malam ini. - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER City membuktikan penyandang juara itu merupakan kuasa sebenar bola sepak Manchester apabila menewaskan Manchester United 2-0 dalam derbi ke-186 kedua-dua kelab pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford malam ini.

Anak buah Pep Guardiola yang tampil dengan misi melakar kemenangan bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Chelsea, terlebih dulu di depan hasil jaringan gol sendiri pemain pertahanan United, Eric Bailly seawal minit ketujuh.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjær terus ketinggalan menjelang hujung babak pertama apabila Bernardo Silva menambah gol kedua pelawat pada minit ke-45 untuk kedudukan 2-0.

Kemenangan di laman keramat The Red Devils itu menyaksikan Manchester City kini mengumpul 23 mata manakala Manchester United pula kekal 17 mata selepas masing-masing mengharungi 11 perlawanan.

Artikel Berkaitan: