Diserang strok, tak mampu galas tugas ketua keluarga

Mohd Ripin dan Che Kembang menerima lawatan Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus.
Mohd Ripin dan Che Kembang menerima lawatan Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Sebelum ini menjadi tonggak keluarga dalam mengurus kehidupan namun kini segalanya berubah buat Mohd Ripin Hassan, 56, dari Padang Nenas, di sini.

Mohd Ripin kini terpaksa menghabiskan banyak masanya berehat di rumah selepas diserang strok sehingga dia hilang keupayaan untuk bergerak normal sejak tiga tahun lalu.

Menurut Mohd Ripin, dia hanya mampu berehat di rumah dan segala keperluannya kini diuruskan isterinya, Che Kembang Mamat termasuk dengan bantuan anak anak serta saudara-mara.

Dengan pergerakan terbatas, ketua keluarga itu tidak lagi dapat menyara keluarganya namun sentiasa berdoa dan menaruh harapan agar dapat pulih semula seperti biasa walaupun sukar.

Sementara itu, Che Kembang berkata, mereka kini bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menanggung enam orang anak.

"Dengan situasi ini dan dengan pendapatan sedikit, hidup kami terhimpit dengan kemiskinan serta masalah penyakit. Terima kasih kerana membantu khususnya kerajaan Terengganu," katanya.

Terdahulu, Mohd Ripin dan Che Kembang menerima lawatan Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus di rumah mereka di Padang Nenas, di sini.

Isteri Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datin Anili Ramli mengetuai lawatan tersebut bersama pegawai wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Tepoh, turut menyampaikan sumbangan.

Artikel Berkaitan: