Lelaki Bangladesh keluar kenyataan gugat ketenteraman awam ditahan

Ayob Khan menunjukkan gambar lelaki warga Bangladesh yang ditahan kerana mengeluarkan kenyataan khianat pada sidang akhbar di PPR Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
Ayob Khan menunjukkan gambar lelaki warga Bangladesh yang ditahan kerana mengeluarkan kenyataan khianat pada sidang akhbar di PPR Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan agama Hindu, Islam dan perayaan Deepavali yang boleh mendatangkan kegusaran serta menggugat ketenteraman awam pada Jumaat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan pada jam 7.30 petang Jumaat di Jalan Kempas Batu 7 1/2, Bakri, Muar.

"Siasatan mendapati permit suspek telah tamat tempoh dan tinggal lebih masa di Malaysia. Suspek ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut

"Kenyataan lelaki warga asing ini telah tular di media sosial," katanya pada sidang akhkbar selepas Ops Sarang Khas Projek Perumahan Rakyat (PPR) 1.0 di PPR Larkin di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda RM5,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis Johor menasihatkan semua masyarakat sama ada warga asing atau warga tempatan supaya menghormati perpaduan kaum di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, jangan bawa masuk budaya-budaya luar.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada pekerja asing bawa fahaman asing untuk pecah belah keharmonian kaum, tindakan tegas akan dikenakan tanpa tolak ansur," katanya.