PRN Melaka: Rakyat Melaka perlu tolak BN

Dr Muhammad Faiz Na’aman
Dr Muhammad Faiz Na’aman
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Melaka perlu menolak Barisan Nasional (BN)egeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, majoriti rakyat Melaka telah meletakkan kepercayaan kepada parti yang dianggap keramat oleh orang Melayu itu sejak merdeka.

Bagaimanapun menurutnya, parti yang dianggap pembela bangsa itu sarat dengan skandal, budaya korupsi, politik wang dan mentaliti feudalistik berasaskan 'warlordism'.

"Selama ini rakyat khususnya Melayu-Islam jadi serba salah untuk mengundi siapa kerana hakikatnya tiada pihak yang sempurna atau ideal dalam politik.

"Mereka mahu pihak yang berprinsip tegas dalam hal-hal yang termaktub dalam Perlembagaan negara tetapi bersikap sederhana menghadapi kemajmukan masyarakat dan fokus membawa kemajuan ekonomi serta berintegriti," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Susulan itu katanya, rakyat yang mahukan perubahan dan mahu mengajar UMNO-BN pada PRU ke-14 (PRU14) lalu telah mengundi Pakatan Harapan (PH).

"Namun gabungan dengan DAP dalam PH yang mentadbir negara selama 22 bulan dahulu ternyata membuka mata rakyat bahawa manifesto yang dijanjikan itu hakikatnya tidak realistik untuk ditunaikan.

"Malah, kejadian perkauman serta desakan daripada pihak pro-Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam PKR untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari tampuk Perdana Menteri makin menjadi-jadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, atas dasar inginkan kembali penyatuan ummah sebagai teras perpaduan nasional, Bersatu telah mengusahakan inisiatif pembentukan kerajaan PN bersama Pas dan UMNO selepas Kongres Maruah Melayu pada 2019 di Shah Alam, Selangor.

"Gabungan itu dengan harapan UMNO sudah dan boleh berubah setelah BN terpukul dengan kekalahan dalam PRU14 tetapi apa yang diharapkan itu bagaikan mencurah air ke daun keladi dan UMNO tetap UMNO.

"Walaupun ada yang masih elok di dalamnya namun kepimpinannya dikuasai oleh kumpulan yang cukup benci dengan Bersatu dan cukup angkuh dengan Pas," katanya.

Tambah beliau, parti itu turut membabitkan pemimpin-pemimpin yang masih berulang-alik ke mahkamah kerana pelbagai kes korupsi.

"Setelah menumbangkan MB (Menteri Besar) Perak, Datuk Seri Faizal Azumu secara bersekongkol dengan DAP dan mensabotaj PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga jatuh, kini Melaka juga turut menjadi mangsa apabila puak yang sama gila berebut keuntungan bisnes pasir.

"Oleh yang demikian rakyat Melaka wajarlah hukum UMNO-BN ini secara berjemaah dalam PRN ini," katanya.