X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

'Manchester United bertambah baik sejak ada Ronaldo'

Guardiola - Foto AFP
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan derbi Manchester merupakan perlawanan istimewa buat para penyokong kedua-dua pasukan kerana ia bukan diibaratkan seperti aksi separuh akhir atau akhir.

Penyandang juara The Citizens bertandang ke Old Trafford bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan anak buah Guardiola tiga mata di depan pesaing setempat itu selepas 10 perlawanan.

Ditanya sama derbi kali ini merupakan perlawanan terbesar sepanjang mengendalikan kelab besar, Guardiola berkata: "Saya tidak fikir begitu, mungkin bagi sesetengah orang. Kami cuba menjadikan setiap perlawanan penting. Sudah tentu derbi adalah istimewa untuk banyak isu sentimental tetapi kami mahukan keputusan yang sama. Tetapi akhirnya ia bukan final atau separuh akhir.

"Saya tidak pergi ke restoran atau pub. Saya boleh bayangkan betapa pentingnya ia untuk kedua-dua pihak, tetapi saya perlu tenang dalam fikiran dan kepala saya, untuk mengetahui apa yang perlu kita lakukan, untuk melakukan yang terbaik, tidak lebih daripada itu."

Anak buah Guardiola sebelum ini bangkit daripada kekalahan 2-0 di tempat sendiri kepada Crystal Palace dalam saingan EPL hujung minggu lalu, dengan kemenangan 4-1 ke atas Club Brugge dalam peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.

Pada masa sama Manchester City yang berdepan pelbagai kritikan berikutan ketiadaan penyerang sejati, Guardiola percaya kelab itu mampu mengatasi ketumpulan penyudah tanpa penyerang sejati kerana memiliki variasi pemain-pemain yang mampu menterjemahkan setiap peluang dalam bentuk jaringan.

"Percayalah sedikit berapa banyak gol yang kami jaringkan tahun lalu tanpa penyerang kerana Sergio (Aguero) cedera? Mungkin pada masa depan kami akan membeli penyerang yang sesuai dengan nombor sembilan yang akan menjaringkan gol, siapa tahu," katanya.

Manchester City pada ketika ini berada di kedudukan ketiga telah menjaringkan 20 gol dalam saingan liga musim ini, kurang sembilan gol daripada Liverpool di tempat kedua dan enam di belakang pendahulu Chelsea.

"Apabila anda tidak menjaringkan gol ia adalah 'tenang untuk yang seterusnya. Apabila anda menjaringkan ia adalah 'tenang' untuk yang seterusnya. Dalam tiga hari kami tidak memerlukan penyerang dan kemudian selepas itu kami memerlukan untuk membeli tujuh penyerang. Kami perlu bertenang dan keluar bermain gaya permainan kami."

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah memenangi empat daripada lapan pertemuannya dengan Guardiola dalam semua kejuaraan, dengan pengendali dari Sepanyol itu mengakui bahawa penambahan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo telah menjadikan The Red Devils kembali digeruni.

"Dengan Ronaldo, Manchester United kini lebih baik apabila mendapat beberapa keputusan yang bagus. Fizikal yang luar biasa untuk memenangi bola, selain pantas terutamanya apabila (pemain tengah Bruno) Fernandes menguasai bola."


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!