Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling melakukan pemantauan paras air di Kampung Lubuk Pedati, Alor Setar pada Sabtu.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling melakukan pemantauan paras air di Kampung Lubuk Pedati, Alor Setar pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat sedikit kepada 885 mangsa daripada 240 keluarga pada pagi Sabtu berbanding 869 mangsa daripada 238 keluarga pada tengah malam Jumaat.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, pertambahan 16 mangsa daripada dua keluarga melibatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada penambahan mangsa banjir direkodkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Dewan Cenderawasih, Sekolah Kebangsaan (SK) Tualang, SK Langgar, SK Suka Menanti, SK Darul Hikmah, SK Convent, SK Titi Gajah, SMK Convent dan SK Tembak A.

"Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 584 mangsa daripada 163 keluarga yang dipindahkan ke tujuh PPS di daerah itu, diikuti 287 mangsa daripada 75 keluarga di dua PPS di Pendang.

"Hanya 10 mangsa daripada sebuah keluarga ditempatkan di PPS SK Tembak A di Baling dan empat mangsa dari sebuah keluarga lagi berpindah ke PPS SK Tualang di Pokok Sena," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohd Muaz berkata, PPS SK Haji Wahab bagi daerah Kota Setar yang menempatkan seramai 22 mangsa daripada enam keluarga pada Jumaat telah ditutup, namun bilangan PPS di daerah itu kekal tujuh apabila PPS SMK Simpang Kuala dibuka pada hari sama.

Menurutnya, PPS SK Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang dan PPS SK Malau di Kubang Pasu juga telah ditutup menjadikan hanya 11 PPS di empat daerah dibuka setakat jam 8 pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: