X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Aston Villa perlu kerja lebih keras

Antara aksi menarik perlawanan Aston Villa menentang Southampton di Stadium St Mary's. Foto: Premier League
A
A

DEAN Smith yakin dia mampu mengubah nasib Aston Villa sekiranya diberikan lebih masa selepas menyaksikan The Villans tewas 0-1 kepada Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St Mary's.

Kekalahan kepada The Saints kendalian Ralph Hasenhüttl itu menyaksikan The Villans meneruskan momentum kekalahan kelima berturut-turut liga selepas jaringan minit ketiga Adam Armstrong mengesahkan tiga mata tuan rumah.

Menurut Smith, kekalahan dengan gol seawal beberapa minit perlawanan bermula membuktikan para pemain pelawat tidak berada pada tahap terbaik untuk perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

"Sejujurnya, saya gembira dengan persembahan para pemain ketika tewas kepada West Ham United dan Southampton termasuk ketika berdepan Arsenal.

"Pada babak kedua terdapat peningkatan apabila para pemain mula memberikan tekanan kepada pasukan lawan, dan ternyata pasukan lebih baik berbanding pada babak pertama, namun masih belum dapat menterjemahkan peluang dalam bentuk jaringan.

"Para penyokong yang hadir pada perlawanan ini dapat menyaksikan perubahan karakter dan persembahan dalam kalangan pemain Aston Villa. Malah saya percaya sekiranya diberikan sedikit masa lagi kelab ini akan mencipta keputusan positif perlawanan seterusnya," ujarnya.

Kekalahan ketujuh liga itu menyaksikan Aston Villa mengumpul 10 mata, manakala kemenangan ketiga dari empat perlawanan sebelum ini Southampton pula 14 mata selepas masing-masing mengharungi 11 perlawanan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!