Air pasang besar: Beberapa kawasan di Kuala Langat alami hakisan

Limpahan air di Kuala Langat turut menyebabkan beberapa kawasan mengalami hakisan pada Sabtu.
Limpahan air di Kuala Langat turut menyebabkan beberapa kawasan mengalami hakisan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Keadaan di Kuala Langat dilaporkan terkawal, bagaimanapun beberapa kawasan mengalami hakisan kecil berikutan fenomena air pasang besar yang melanda kawasan itu pada Sabtu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemantauan dijalankan di beberapa kawasan bermula pada jam 6.10 hingga 7.30 pagi.

Ia membabitkan kawasan Pantai Kelanang, Ban Sijangkang, Jalan Harmoni, Istana Pantai Bahagia, Pesisir Pantai Tanjung Sepat dan Pantai Batu Laut.

Selain itu, katanya, JPS turut membuat pemantauan di Pantai Morib, ban Kampung Kundang, pekan Tanjung Sepat dan Rumah Peranginan Persekutuan Morib.

Keadaan di Kuala Langat dilaporkan terkawal dan hanya beberapa kawasan mengalami hakisan kecil berikutan fenomena air pasang besar pada Sabtu.
Keadaan di Kuala Langat dilaporkan terkawal dan hanya beberapa kawasan mengalami hakisan kecil berikutan fenomena air pasang besar pada Sabtu.

"Terdapat limpahan air pada tebing ban Pantai Kelanang namun ban dalam keadaan baik dan limpahan air yang memenuhi parit Dataran Kelanang itu memasuki 'borrow pit'.

"Terdapat juga limpahan air pada ban Batu 7, Batu 8 dan Sijangkang serta kesan hakisan di beberapa tempat, namun ban dalam keadaan baik dan terkawal.

"Di Pantai Pulau Carey, limpahan air dan kesan hakisan juga berlaku di beberapa kawasan namun kerja pembaikan sedang berjalan," kata kenyataan tersebut pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

JPS turut memaklumkan, limpahan air berlaku di Taman Harmoni dan kawasan parit pekan Tanjung Sepat, namun ban dan struktur saliran di kawasan itu juga dalam keadaan baik.

Fenomena air pasang besar di pesisiran pantai Selangor bermula sejak Khamis dan dijangka berakhir pada Ahad.