Mat Sabu ajak syarikat korporat sumbang ke Tabung Pahlawan

Mohamad berkata demikian dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Mohamad berkata demikian dalam program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengajak syarikat-syarikat korporat di negara ini untuk menyumbang ke Tabung Pahlawan sebagai penghargaan kepada pasukan keselamatan.

Katanya, syarikat korporat perlu tahu kekayaan yang diperoleh hasil dari keamanan negara ini.

"Kalau negara ini tidak aman atau bergolak seperti Somalia, apa mereka nak jual dan apa mereka nak meniaga. Tabung untuk pasukan keselamatan seperti tentera dan polis perlu diisi.

"Kalau pada zaman ancaman komunis dahulu, orang menyokong dan memberikan sumbangan. Pada zaman aman ini, syarikat korporat besar perlu ingat jasa pasukan keselamatan dan beri sumbangan sebagai tanda penghargaan," katanya dalam Bicara Minda Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Tabung Pahlawan ini digunakan bagi tujuan kebajikan veteran, balu perajurit, tabung pelajaran dan membeli alatan kesihatan.

"Kita akan sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga perajurit," katanya.

Artikel Berkaitan: