Isu hina Nabi: Undang-undang perlu lebih tegas

Tuan Ibrahim mengimamkan solat hajat di Pusat Tarbiah Islamiah di sini, malam tadi.
Tuan Ibrahim mengimamkan solat hajat di Pusat Tarbiah Islamiah di sini, malam tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas mahu kerajaan menggubal undang-undang yang lebih tegas berhubung isu penghinaan terhadap Nabi di negara ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, undang-undang yang ada kini terlalu longgar dan tidak menggerunkan pelaku-pelaku untuk terus berbuat demikian.

"Selain itu, kita kena bagi pendidikan kepada rakyat kita untuk memahami bentuk budaya negara kita iaitu saling hormat menghormati. 60 tahun kita merdeka di atas prinsip tersebut, hormat menghormati.

"Tidak kritik agama lain dan kita minta mereka jangan kritik kita. Tapi ini perlu dimasukkan dalam silibus diperingkat sekolah, melalui pendidikan supaya tiada penghinaan kepada agama lain dan hormati agama lain.

"Sebab bagi kita, kalau mereka hina orang Islam, nanti orang islam akan bangkit menghina agama lain. Maka akan berlaku kekacauan," katanya kepada media di sini, malam tadi.

Terdahulu, beliau mengimamkan solat Hajat Menangkis Fitnah dan Taklimat Isu Semasa di Pusat Tabiah Islamiah Kelantan (PUTIK), disini.

Lebih 1,000 rakyat negeri ini yang terdiri daripada penyokong Pas melepaskan peluang menghadiri solt hajat tersebut.

Turut hadir, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Abdullah, kepimpinan Exco Kerajaan Negeri, kepimpinan Pas negeri dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: