Banjir kilat di Kota Tinggi, 34 mangsa dipindahkan

Seramai 34 mangsa terjejas susulan hujan lebat berterusan selama lebih dari dua jam di Kampung Baru Sungai Mas, Penawar dekat Kota Tinggi pada petang Jumaat. - Foto Facebook JKR Kota Tinggi
Seramai 34 mangsa terjejas susulan hujan lebat berterusan selama lebih dari dua jam di Kampung Baru Sungai Mas, Penawar dekat Kota Tinggi pada petang Jumaat. - Foto Facebook JKR Kota Tinggi
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 34 mangsa banjir dipindahkan ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Penawar dekat Kota Tinggi susulan hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam di kawasan itu pada petang Jumaat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, PPS yang dibuka pada jam 8 malam itu menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga dari kawasan Kampung Baru Sungai Mas selepas kediaman mereka dinaiki air.

"Hujan lebat yang berterusan selama lebih dari dua jam yang menyebabkan air naik dan banjir kilat di kawasan kampung berkenaan.

"Pasukan penyelamat telah sampai di lokasi pada jam 6.50 petang dan membawa kesemua mangsa yang terjejas ke Dewan Kampung Baru Sungai Mas," kata kenyataan itu.

Sehingga kini kawasan berkenaan dilaporkan masih mengalami hujan gerimis dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa. - Bernama

Artikel Berkaitan: