Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat

Hujan lebat pada petang Jumaat mencatatkan peningkatan kembali mangsa banjir di Kedah. - Foto fail Bernama
Hujan lebat pada petang Jumaat mencatatkan peningkatan kembali mangsa banjir di Kedah. - Foto fail Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Hujan lebat pada petang mencatatkan peningkatan kembali mangsa banjir di Kedah.

Sehingga jam 10 malam seramai 866 mangsa daripada 240 keluarga dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Jumlah itu meningkat berbanding pada jam 4 petang tadi iaitu seramai 856 mangsa daripada 234 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, setakat ini mangsa banjir di daerah Kota Setar mencatatkan pertambahan dimana seramai 565 mangsa daripada 163 keluarga.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar kekal seramai 80 mangsa daripada 23 keluarga, PPS SK Suka Menanti seramai 66 mangsa daripada 25 keluarga manakala PPS SK Darul Hikmah seramai 114 mangsa daripada 31 keluarga.

"Selain itu, PPS SK Convent seramai 89 mangsa dari 23 keluarga, SK Titi Gajah seramai 10 mangsa daripada dua keluarga dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent pula menempatkan seramai 163 mangsa daripada 44 keluarga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sementara, seramai 43 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala.

Bagaimanapun jelas Mohd Muaz, jumlah mangsa banjir di Pendang kekal seramai 287 mangsa daripada 75 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan PPS Dewan Cenderawasih.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, satu PPS daerah Baling iaitu SK Padang Tembak A menempatkan seramai 10 mangsa daripada satu keluarga.

Seramai empat mangsa dari satu keluarga masih berada di PPS SK Tualang di daerah Pokok Sena. - Awani