Sila log masuk terlebih dahulu.

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas atlet berbasikal

Allahyarham Abdullah Shafie
Allahyarham Abdullah Shafie
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas atlet berbasikal negara, Abdullah Shafie yang meninggal dunia semalam.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik menerusi Facebook malam ini.

Allahyarham Abdullah pernah mewakili skuad berbasikal kebangsaan pada Kejohanan Sukan Asia di New Delhi pada 1982. - Bernama

Artikel Berkaitan: