Dua jam tangkap ular sawa batik 80kg

APM berjaya menjinakkan ular sawa sepanjang 5.4 meter selepas hampir dua jam bergelut. - Foto ihsan APM Daerah Kinta
APM berjaya menjinakkan ular sawa sepanjang 5.4 meter selepas hampir dua jam bergelut. - Foto ihsan APM Daerah Kinta
A
A
A

IPOH - Seekor ular sawa batik seberat 80 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah padang golf di Meru Raya di sini pada Jumaat.

Ketua Shift APM Daerah Kinta, Leftenan Muda (PA) Mohd Nazri Sulaiman berkata, reptilia sepanjang 5.4 meter itu berjaya ditangkap selepas menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 12 tengah hari.

Menurutnya, dia bersama empat anggota mengambil masa hampir dua jam untuk menangkap ular berkenaan.

"Ketika sampai ular itu didapati melingkar dalam semak di tepi padang golf yang dibimbangi membahayakan pengunjung dan penduduk berhampiran.

Ular sawa batik melingkar dalam semak di tepi padang golf di Meru Raya. - Foto ihsan APM Daerah Kinta.
Ular sawa batik melingkar dalam semak di tepi padang golf di Meru Raya. - Foto ihsan APM Daerah Kinta.

"Haiwan berkenaan mula bertindak agresif ketika ditangkap selain menyerang anggota dipercayai kerana lapar. Kami menggunakan alat khas untuk menangkapnya," katanya ketika dihubungi di sini.

Kata Mohd Nazri, reptilia berkenaan dibawa ke Pejabat APM Daerah Kinta dan akan dilepaskan ke habitat asal.

Artikel Berkaitan: