Tukang masak kantin sekolah lemas

Mayat mangsa dibawa kenderaan polis sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa kenderaan polis sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Tidak sampai dua bulan kejadian lemas berlaku di Air Terjun Belukar Bukit, di sini, kawasan perkelahan ini kembali meragut satu lagi nyawa petang semalam.

Dalam kejadian terbaharu berlaku kira-kira 4.35 petang tadi, mangsa yang lemas ialah Wan Mohammad Raffiq Abdul Karim, 29, beralamat di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu, ke tempat perkelahan itu bersama tunangnya, Norliana Majnun, 32 tinggal di Binjai Rendah, Marang.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, daripada siasatan awal didapati sewaktu mandi, mangsa tiba-tiba lemas sebelum tenggelam.

"Tunang mangsa kemudiannya meminta bantuan orang ramai. Orang kampung bernama Razak Ahmad telah menyelam mencari mangsa dan jumpai mangsa kira-kira jam 4.50 petang di dasar sungai.

"Kedalaman dianggarkan lima meter. Mangsa lemas dibawa naik ke tebing sungai sebelum kemudiannya dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk info, dalam kejadian terakhir 11 Januari lalu, Mohamad Aisar Hishyam Mohd Kamal, 22, beralamat di Johor Baharu lemas ketika cuba selamatkan adiknya, Nur Aifaa Digana, 21, yang hampir lemas sewaktu mandi bersama mangsa dan beberapa ahli keluarga lain.

Dalam insiden lebih kurang jam 5.45 petang itu, mangsa, ditemui kira-kira sejam selepas itu pada jarak 20 meter daripada lokasi kejadian.