Pengantin pakai kostum 'Kamen Rider Faiz' untuk majlis perkahwinan

Alif Hakim memakai kostum Kamen Rider Faiz.
Alif Hakim memakai kostum Kamen Rider Faiz.
A
A
A

TUMPAT - Mengimpikan perkahwinan unik dalam mahligai yang dibina memberi inspirasi kepada pengantin lelaki mengayakan tema kostum adiwira watak superhero Kamen Rider Faiz.

Memilih kostum ini kerana pengantin lelaki tersebut, Alif Hakim Azhar, 27, dari Kampung Laut di sini adalah peminat fanatik watak adiwira dari Jepun itu.

Majlis pernikahan Alif Hakim dengan pasangannya, Nor Afizan Mohd Utama, 25, berlangsung di Padang Embun, Pasir Mas pada 8 Februari lalu.

Namun ia tular di media sosial selepas Alif Hakim memuat naik gambar perkahwinannya di Twitter.

No Image Caption

Alif Hakim berkata, dia berhabis RM3,000 membeli kostum ini yang dilengkapi aksesori pedang dan peralatan lain.

Katanya, ia dibeli setahun yang lalu kerana terlalu meminati watak Kamen Rider Faiz yang popular dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa ini.

"Bila tiba hari perkahwinan, saya abadikan nostalgia indah dalam mahligai perkahwinan yang dibina.

Artikel Berkaitan:

"Saya rakamkan kenangan foto perkahwinan bersama isteri di Pantai Mek Mas, Kota Bharu dan tidak sangka ia menarik perhatian ramai," katanya.

Lebih meriah katanya apabila di hari persandingannya turut diundang rakan-rakan peminat tegar adiwira ini.

Adiwira seperti Spiderman, Power Rangers dan watak lain yang turut hadir adalah rakan-rakannya dari Cosplay Kelantan.

Alif Hakim bersama isterinya.
Alif Hakim bersama isterinya.

"Masa hari bersanding, saya pakai busana biasa tetapi kehadiran kawan Cosplay Kelantan yang memakai kostum adiwira itu memeriahkan suasana.

"Ia jadikan majlis perkahwinan kami unik dan meriah serta lain daripada yang lain," katanya.

Dek terlalu meminati adiwira itu, Alif Hakim sanggup berhabis duit mengumpul koleksi Kamen Rider Faiz tidak hanya sekadar kostum malah koleksi patung.

"Watak Kamen Rider Faiz ini popular sekitar tahun 2006, ketika itu masih remaja lagi, tak ada duit nak beli.

" Bila dah mula kerja, saya realisasikan minat saya ini dengan mengumpul koleksi barangan Kamen Rider Faiz," katanya yang kini berkhidmat di sektor swasta.

Minatnya bukan hanya mengumpul malah Alif Hakim sering terlibat dengan pelbagai kerja amal dengan mengayakan kostum ini bagi membantu program kemasyarakatan.