X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Warga asing maut motosikal terbabas, polis minta saksi tampil

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit dalam kejadian di Jalan PJU 1A/1 Ara Damansara di sini pada petang Khamis.
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit dalam kejadian di Jalan PJU 1A/1 Ara Damansara di sini pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam insiden sekitar jam 5.20 petang itu, lelaki berusia 44 tahun terbabit terpelanting masuk ke laluan bertentangan dan meninggal dunia.

"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis SYM BX110. Mangsa dipercayai terbabas ke tengah jalan dan terus melanggar pembahagi jalan konkrit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Saksi kejadian boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013 973 8580 bagi membantu siasatan," ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!