X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Calon muka baharu selaras hasrat parti

Mohamad
A
A

ALOR GAJAH - Keputusan UMNO memberi laluan kepada muka baharu sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selaras dengan hasrat parti itu untuk melalui proses peremajaan dan metransformasikan parti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selaku Pengarah PRN Melaka, tindakan itu diambil bagi memberi peluang dan mendedahkan kepada pelapis parti untuk mengambil tempat dalam PRN seiring dengan perjuangan parti itu.

Malah menurutnya, calon muka baharu yang akan diperkenalkan itu juga bukan sebarangan individu ataupun 'orang baharu' dalam dunia politik namun mereka merupakan pemimpin di peringkat bahagian sekali gus yakin dapat memenangi hati rakyat.

"Mereka ini dahulu lama duduk di bawah sebab ramai (penyandang) dah tiga penggal, jadi yang tiga penggal ini mereka memberi laluan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan Negeri Sembilan sebagai negeri angkat kepada Parlimen Masjid Tanah di Kampung Pulau di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sesi pengumuman calon akan diadakan secara maya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Sabtu pagi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!