X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Mangsa banjir Kedah turun kepada 853 orang

Anggota APM Kedah membantu seorang warga emas, Supiah Musa, 70, yang menghadapi masalah kesihatan untuk dipindahkan ke kediaman pembantu rumahnya, P Devika, 57, selepas kawasan kediamannya dinaiki air. - Foto Bernama
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah menurun kepada 853 orang daripada 234 keluarga petang ini berbanding 954 orang daripada 266 keluarga pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup membabitkan dua di Kubang Pasu dan satu di Kota Setar.

“Dua PPS di Kubang Pasu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dan Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang ditutup pada jam 9.30 pagi dan 12 tengah hari tadi selepas kesemua mangsa terjejas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Sementara di Kota Setar PPS SK Haji Wahab ditutup pada jam 2 petang tadi, namun satu PPS lagi dibuka di daerah itu 2 petang tadi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala yang menempatkan seramai 25 mangsa daripada lapan keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya, setakat 4 petang tadi, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 550 orang daripada 156 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS.

Kesemua PPS itu adalah SK Langgar, SK Suka Menanti, SK Darul Hikmah, SK Convent, SK Titi Gajah, SMK Convent dan SMK Simpang Kuala.

Katanya, seramai 287 orang daripada 75 keluarga pula masih kekal di dua PPS di daerah Pendang iaitu Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih.

Sementara di Pokok Sena dan Baling, masing-masing terdapat satu PPS yang masih aktif iaitu SK Tualang yang menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga dan SK Tembak A yang menempatkan 10 mangsa daripada satu keluarga. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!