X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Remaja lengkap divaskin dibenar ke stadium

Foto 123rf
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Remaja berusia bawah 18 tahun yang sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 dibenarkan memasuki stadium dan semua fasiliti sukan berkuat kuasa 8 November ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata remaja yang belum atau tidak lengkap vaksinasi masih tidak dibenarkan memasuki fasliti berkenaan.

"Individu lengkap vaksin bagi semua peringkat usia dibenarkan memasuki stadium termasuk semua fasiliti sukan dan syarat ini dimasukkan di dalam prosedur operasi standard (SOP).

"Pada masa ini, aktiviti makan dan minum di dalam stadium adalah tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika ini, remaja dan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!