Jadon Sancho silap sertai Manchester United

Jadon Sancho
Jadon Sancho
A
A
A

LEGENDA Jerman, Lothar Matthaus percaya Jadon Sancho menyesal berpindah ke Manchester United dari Borussia Dortmund, selepas digugurkan dari skuad England bagi perlawanan antarabangsa selain kurang minit perlawanan bersama The Red Devils.

“Cuba anda lihat para pemain yang bermain di Manchester United. Anda ada Rashford, Ronaldo, ini bermakna anda mempunyai dua daripada tiga dan kemudian anda mempunyai empat lagi pemain yang boleh bermain di kedudukan ketiga dan seorang daripada tiga atau empat pemain ini ialah Sancho.

“Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana Sancho berlatih di Manchester United, namun dia perlu bekerja lebih keras untuk melangkah lebih jauh berbanding langkah sekarang sekiranya dia mahu lebih maju,” ujar Matthaus

Kemungkinan Sancho menyifatkan perpindahannya ke Manchester United dari Borussia Dortmund merupakan satu kesilapan, Matthaus berkata: “Apabila saya melihat minit permainan musim ini atau perlawanan mana yang dia bermain, maka saya fikir ia adalah satu kesilapan. Mungkin dia mempunyai lebih banyak wang tetapi dia mempunyai kurang permainan.”

Untuk rekod, Sancho menghabiskan empat tahun di Borussia Dortmund selepas tiba dari pesaing Manchester United, Manchester City sebelum ini.

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan 50 gol dalam 137 perlawanan di Jerman, dua kali dinamakan dalam pasukan terbaik Bundesliga tahun ini selain menjadi pemain utama skuad England.

Artikel Berkaitan: