Kelantan jamin sumber makanan untuk musim tengkujuh cukup

Tuan Saripudin (kanan) mengagihkan bubur jagung percuma kepada orang ramai sempena pelancaran My Best Buy di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong pada Jumaat.
Tuan Saripudin (kanan) mengagihkan bubur jagung percuma kepada orang ramai sempena pelancaran My Best Buy di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memberi jaminan sumber makanan untuk rakyat negerinya mencukupi sepanjang menghadapi musim tengkujuh.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, persiapan menghadapi musim tengkujuh sudah digerakkan bagi memastikan sumber makanan berada dalam keadaan sedia untuk memenuhi permintaan ke kawasan terjejas.

"Penduduk tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan memastikan sumber makanan di negeri ini cukup dan jangan sesekali membuat pembelian secara panik," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran My Best Buy di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad.

Menurutnya, sistem jadual penanaman yang betul dan penggunaan teknologi pertanian moden seperti fertigasi gantung turut membantu dalam membekalkan sumber makanan di Kelantan.

Beliau berkata, fertigasi gantung itu membolehkan hasil terus dituai walaupun kawasan tanaman sudah ditenggelami air.

Tuan Saripudin berkata, kerajaan amat menggalakkan penggunaan teknologi dalam pertanian terus dikomersialkan pada masa akan datang.

"Hal ini bagi memastikan sumber rantaian makanan tidak putus dan cukup," katanya.

Artikel Berkaitan: