Jangan terpedaya tawaran dana haji melalui telefon: TH

TH terima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji. Gambar hiasan
TH terima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan sebarang bentuk dana melalui panggilan telefon bagi tujuan mengerjakan ibadat haji.

TH menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, pihaknya menerima laporan daripada pendeposit bahawa ada individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana haji untuk membolehkan mereka menunaikan haji pada kadar segera.

“Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran yang dahulu didahulukan.

“TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah dan ejen dalam dalam hal-hal berkaitan tawaran haji mahupun pakej haji,” tegasnya.

Menurut TH, pihaknya berharap orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh berhubung THCC di talian 03-6207 1919.

Artikel Berkaitan: