Bursa Malaysia akhiri sesi dagangan pagi lebih rendah

Dagangan di Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi dalam zon negatif, diheret turun oleh aktiviti jualan membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih yang didahului oleh sektor perladangan.
Dagangan di Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi dalam zon negatif, diheret turun oleh aktiviti jualan membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih yang didahului oleh sektor perladangan.
A
A
A

DAGANGAN di Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi dalam zon negatif, diheret turun oleh aktiviti jualan membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih yang didahului oleh sektor perladangan.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran menyusut 5.52 mata kepada 1,525.81 berbanding 1,531.33 semasa ditutup pada petang Rabu.

Indeks utama dibuka 4.44 mata lebih tinggi pada 1,543.15, dan seterusya berlegar antara 1,525.86 dan 1,540.61 di sepanjang sesi pagi.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan perayaan hari Deepavali.

Pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 547 berbalas 381 manakala 421 kaunter tidak berubah, 942 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.78 bilion unit bernilai RM1.18 bilion.

Seorang peniaga berkata, Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi Jumaat selepas mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh semalaman Nasdaq ketika pelabur masih mencerna keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mula mengurangkan pembelian aset pada akhir bulan ini.

Bagaimanapun, dagangan di bursa tempatan bertukar rendah pada sesi tengah hari apabila pelabur menjual saham-saham berwajaran tinggi terpilih.

Artikel Berkaitan:

"Potensi kenaikan di bursa tempatan masih terhad disebabkan oleh sentimen pasaran mengenai cukai makmur dan perubahan duti setem dalam Bajet 2022 yang mana pelabur masih lagi mencerna kesannya terhadap pasaran,” jelasnya.

Beliau berkata, prestasi Bursa adalah seiring dengan bursa serantau lain, menyaksikan pasaran-pasaran China terjejas oleh kebimbangan terhadap pemaju hartanah.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun 225 susut 0.78 peratus kepada 29,561.74, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 0.95 peratus kepada 24,985.05, Kospi Korea Selatan turun 0.44 peratus kepada 2,970.23, manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.59 peratus kepada 3,328.62.

Sementara di bursa tempatan, saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga menambah satu sen setiap satu kepada RM8.01 dan RM9.59, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.01, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM8.30 dan IHH Healthcare merosot tujuh sen kepada RM6.45.

Bagi saham aktif, NWP Holdings menokok empat sen kepada 34 sen, KNM menambah satu sen kepada 20.5 sen, ARB susut lapan sen kepada 19 sen, waran VS Industry lebih rendah 5.5 sen kepada 43 sen, manakala Dagang Nexchange tidak berubah pada 78.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 28.66 mata kepada 11,329.85, Indeks FBMT 100 jatuh 29.76 mata kepada 10,954.97, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 20.40 mata kepada 12,379.25, FBM 70 lega 2.51 mata kepada 15,088.70 tetapi FBM ACE mengukuh 18.13 mata kepada 7,092.09.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.58 mata kepada 202.47, Indeks Perladangan turun 88.10 mata kepada 6,700.40, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 60.55 mata kepada 15,126.54. - Bernama