Peluang kedua buat Ben Affleck

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Ben Affleck dan bekas teman wanitanya yang juga merupakan produser televisyen terkenal, iaitu Lindsay Shookus dilihat kembali mesra selepas berpisah pada Ogos tahun lalu.

Menurut Page Six, pasangan tersebut dilihat hadir bersama ke tayangan perdana filem terbaharu lakonan Ben berjudul Triple Frontier, baru-baru ini.

Menurut sumber sebagaimana dilapor oleh Page Six, meskipun sudah berpisah Lindsay sentiasa mengambil berat tentang Ben dan disebabkan itulah mereka memberikan peluang kedua kepada hubungan tersebut.

Sementara itu, Ben dalam satu temu bual bersama media antarabangsa mendedahkan mengenai masalah ketagihan arak dialaminya dan mengakui tidak berasa malu untuk mengakui bergelut dengan masalah itu.

Akhir tahun lalu, bekas isteri Ben, aktres Jennifer Garner sendiri yang menghantar pelakon itu ke pusat pemulihan dan sejak itu kehidupannya kembali teratur.

Untuk rekod, pasangan itu juga kemudiannya bercerai secara rasmi dan Ben menyifatkan Jennifer adalah seorang ibu yang hebat buat anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: