Pinjam duit isteri pertama untuk kahwini artis

Foto perkahwinan Bella Luna bersama Eko Hendro Prayitno dan perkahwinan pertama Eko Hendro Prayitno (kanan).
Foto perkahwinan Bella Luna bersama Eko Hendro Prayitno dan perkahwinan pertama Eko Hendro Prayitno (kanan).
A
A
A

KECOH apabila seorang lelaki dikatakan ahli perniagaan kaya yang mengahwini artis Indonesia, Bella Luna, 25, rupa-rupanya meminjam wang berjumlah 2 bilion rupiah (RM578,000) daripada isteri pertamanya untuk dijadikan hantaran dan mas kahwin.

Malah, menurut media Indonesia, pelakon sinetron dan model itu tidak mengetahui lelaki berkenaan, Eko Hendro Prayitno, 38, atau dikenali sebagai Nana sudah berkahwin dan hanya mengetahui status suaminya pada petang hari perkahwinan mereka 15 Februari lalu.

Razman Nasution peguam Shirley Chandrawati iaitu isteri pertama Nana bersemuka dengan Bella Luna dalam rancangan bual bicara Indonesia, Hotman Paris, semalam dan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @hotmanparisdhow_inews.

Bella menjelaskan dia bersedia berkahwin dengan Nana kerana menyangka lelaki terbabit masih bujang malah pelakon itu bersumpah dengan nama Tuhan tidak tahu suaminya sudah beristeri.

No Image Caption

“Benar kamu enggak (tidak) tahu?” tanya Razman.

“Benar hu Allahi,” kata Bella sambil mengangkat tangannya bersumpah.

Sementara itu, Tribun Jabar melaporkan, Shirley berkata, suaminya meminta meminjam wang kononnya untuk digunakan sebagai modal perniagaan.

Artikel Berkaitan:

“Nana beritahu dia mahu meminjam wang untuk dijadikan modal. Ia adalah wang simpanan anak-anak tetapi sebenarnya dia gunakan untuk mas kahwin,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, jurucakap Bella Luna berkata, pelakon itu hanya mengetahui lelaki terbabit sudah beristeri pada hari pernikahan mereka.

“Bella Luna tidak tahu Nana sudah berkahwin dan hanya mengetahui status suaminya pada hari berkenaan. Berlaku kekecohan dan Bella Luna menampar Nana,” katanya.

Menurutnya, mas kahwin yang dimaksudkan itu juga termasuk sebuah rumah berharga 2 bilion rupiah.

“Mas kahwin yang diberikan kepada Bella ialah rumah berharga 2 bilion rupiah dan emas seberat 88 gram, bukan 88 kilogram serta kelengkapan solat,” katanya.

Bagaimanapun, Bella Luna dikatakan berjanji memulangkan kembali mas kahwin yang diberikan kepadanya.

Sementara itu, Detik.com melaporkan Bella Luna sudah menandatangani surat cerai kerana berasa tertipu.

“Saya sudah tanda tangan surat cerai dengan Nana. Cuma Nana belum tanda tangan,” kata Bella.