X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

'MCA lebih baik daripada DAP'

Muhammad Khalil Abdul Hadi
A
A

SHAH ALAM - MCA tidak perlu takut atau menjauhi Pas kerana parti Islam itu bukan ekstremis agama dan bangsa.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, malah Pas membuka seluas-luasnya ruang untuk MCA berbincang dan duduk semeja atas kepentingan umum, rakyat dan negara.

"Mungkin di masa lalu ada sedikit salah faham dan perkhabaran tidak betul antara Pas dan MCA dilontarkan yang menyebabkan kerenggangan dan permusuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bubar BN: Tiada konsensus dicapai

"Namun tidak semestinya tidak boleh diperbaiki dan diperbetulkan demi kepentingan umum, rakyat dan negara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, dengan kerajaan PH yang kelam kabut umpama tikus membaiki labu, Pas percaya gabungan pembangkang yang kuat akan mendapat kepercayaan rakyat.

"Jika Pas, UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti pembangkang lain dapat membentuk satu kerjasama yang erat, jitu dan kukuh, tidak mustahil kerajaan PH yang ada sekarang akan tumbang di PRU15.

"MCA bukan DAP malah MCA lebih baik daripada DAP. Usah biar rakyat jadi mangsa dan tertipu lagi," katanya.

Menurut beliau, MCA juga tidak perlu jadi DAP untuk mendapatkan sokongan kaum Cina.

"Apa yang perlu bagi MCA ialah untuk menjadi lebih kompetitif, telus dan berdaya saing untuk menjadi pilihan utama kaum Cina. Selepas PRU14, MCA perlu tahu bahawa sokongan kaum Cina terhadap DAP telah mula menurun. "Maka boleh dikatakan DAP bukan lagi pilihan utama kaum Cina," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!