Sila log masuk terlebih dahulu.

Radzi ambil kesempatan ziarah guru sempena Deepavali

Radzi (tengah) dan isteri ketika melawat seorang guru sempena Deepavali pada Khamis.
Radzi (tengah) dan isteri ketika melawat seorang guru sempena Deepavali pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan isteri, Balkis Zakaria berkesempatan berkunjung ke rumah beberapa orang guru sempena sambutan Hari Deepavali pada Khamis.

Beliau berkata, mereka berkongsi cerita bahawa sambutan Deepavali tahun ini lebih meriah dibandingkan tahun sebelumnya setelah keadaan negara semakin pulih daripada kemelut pandemik Covid-19.

Tambahnya, salah seorang guru yang akan bersara pada tahun hadapan turut menceritakan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberikan satu pengalaman baharu dalam kerjaya sebagai seorang guru.

“Rumah pertama dikunjungi adalah rumah cikgu Yamunarani di Putrajaya.

Cikgu Yamunarani ialah guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18(1).

“Dari Putrajaya terus ke Bandar Sri Sendayan, Seremban bagi mengunjungi cikgu Krishna Kumar dan isteri, cikgu Bawani.

Radzi menyampaikan buah tangan ketika melawat seorang guru sempena Deepavali
Radzi menyampaikan buah tangan ketika melawat seorang guru sempena Deepavali

Cikgu Krishna ialah guru di Sungai Salak, Lukut manakala Cikgu Bawani mengajar di SJK(T) Ladang Shanghai.

Artikel Berkaitan:

“Kemudian, kami ke rumah cikgu Saravanan, guru di sekolah SJK(T) Convent yang tinggal di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Rumah terakhir yang dikunjungi ialah rumah cikgu Mahendran yang terletak di Seremban. Cikgu Mahendran mengajar di SJK(T) Ladang Senawang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Kata Mohd Radzi, ‘H’ dalam konsep Sekolahku Sejahtera merujuk kepada Harmoni kerana kehidupan yang penuh keharmonian akan dapat membentuk negara yang teguh dan berdaya maju di bawah semangat ‘Keluarga Malaysia’.