JAWI perluas kebenaran majlis akad nikah mulai Jumaat

Sebanyak 794 pasangan pengantin melangsungkan melangsungkan majlis akad nikah di Bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada Mei lalu.- Foto FB JAWI.
Sebanyak 794 pasangan pengantin melangsungkan melangsungkan majlis akad nikah di Bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada Mei lalu.- Foto FB JAWI.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan perluasan kebenaran majlis akad nikah di Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa mulai Jumaat.

JAWI menerusi satu kenyataan berkata, langkah tersebut dibuat selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk maslahah umat Islam.

Menurut kenyataan tersebut, majlis akad nikah boleh diadakan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan dengan kehadiran seramai 10 orang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali, dua orang saksi dan seorang jurugambar yang telah lengkap dua dos vaksin.

"Kehadiran ke majlis akad nikah di masjid-masjid dalam tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pula tidak melebihi 20 orang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali, dua orang saksi dan seorang jurugambar yang telah lengkap dua dos vaksin.

"Jumlah itu tertakluk kepada keluasan tempat berkenaan dengan penjarakan fizikal semeter, kehadiran di premis pula tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 PPN seperti yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam kenyataan tersebut pada Khamis.

Sementara itu, JAWI turut menetapkan majlis akad nikah boleh diadakan di masjid-masjid kariah dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Ujarnya, ia turut termasuk premis yang disewa untuk majlis akad nikah seperti hotel, dewan, butik pengantin, tempat khas dan bukan rumah kediaman atau persendirian.

Selain itu, katanya, tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit dan pihak-pihak yang terlibat perlu mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Penolong Pendaftar NCR.

Artikel Berkaitan:

"Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Penolong Pendaftar NCR boleh membatalkan majlis akad nikah tersebut sekiranya pihak-pihak terlibat gagal hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, JAWI memaklumkan bahawa Surat Kebenaran Berkahwin yang tamat dalam tempoh Fasa 4 PPN akan dilanjutkan selama dua bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir.

Katanya, pemohon perlu hadir semula ke pejabat JAWI untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.