X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

254 borang penamaan calon PRN Melaka dijual: SPR

Gambar hiasan
A
A

MELAKA - Sebanyak 254 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah terjual menjelang beberapa hari lagi sebelum hari penamaan calon Isnin ini.

Jurucakap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi Bernama pada Rabu berkata, borang penamaan calon itu telah mula dijual pada 18 Oktober lepas di pejabat SPR di Putrajaya dan SPR Melaka.

''Segala proses pembelian berjalan lancar di kedua-dua tempat. SPR juga menasihatkan bakal calon yang bertanding mengisi borang dan membuat semakan dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri sebelum hari penamaan calon iaitu 8 November ini.

"Calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran perlu dibawa pada hari penamaan sebagai bukti pembayaran bagi memastikan semua proses seterusnya lancar,'' katanya.

SPR menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!