Bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang meninggal dunia

Noordin
Noordin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Noordin Md Noor telah meninggal dunia di sini pada awal pagi Khamis.

Beliau yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal berusia 64 tahun.

Sepanjang kariernya sebagai aktivis pemuda, Noordin pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Allahyarham yang berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menduduki kerusi lembaga pengarah TH Plantation.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Saidina Omar Al-Khatab, Bukit Damansara selepas solat Zohor dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 dekat sini.

Artikel Berkaitan: