Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Subang pada malam Rabu.
Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Subang pada malam Rabu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang sedang bergerak perlahan di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala Subang di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun maut di tempat kejadian dalam insiden pada jam 8.49 malam itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda telah terlanggar bahagian belakang lori tiga tan jenis Isuzu yang sedang bergerak perlahan di lorong paling kiri.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terhentak pada bahagian belakang lori sebelum jatuh atas jalan raya dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: