Bahagi kerusi UMNO-Pas: Belum bincang lagi, kata Wan Rosdy

Wan Rosdy (Kanan) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar,Sungai Koyan, hari ini.
Wan Rosdy (Kanan) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar,Sungai Koyan, hari ini.
A
A
A

LIPIS - Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyambut baik kerjasama antara UMNO-Pas yang dilihat dapat menyatukan masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Namun beliau menyifatkan ia masih terlalu awal untuk sebarang pembahagian kerusi antara kedua-dua parti terbabit di negeri itu.

"Terlalu awal perkara ini (mengenai pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas), jauh lagi tetapi kita akan bincang nanti," katanya ketika ditemui pemberita sempena majlis Kenduri Sekampung di Sungai Koyan, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pengumuman secara rasmi kerjasama kedua-dua parti itu bagi tujuan penyatuan ummah.

Sebelum itu dalam kempen PRK Cameron Highlands, Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang dilaporkan berkata, BN akan bertolak ansur dalam pembahagian kerusi dengan Pas.

Ujarnya, antara formula yang akan dilihat adalah mengekalkan calon daripada parti UMNO dan Pas yang telah memenangi sesuatu kawasan pada PRU14 lalu.

Manakala bagi kerusi yang dimenangi PH pula, BN dan Pas akan melihat kekuatan calon dari UMNO atau Pas yang boleh memberikan kelebihan kepada BN dan Pas untuk menang sebelum membuat pilihan.

Artikel Berkaitan: