Kes baharu Covid-19 meningkat, 5,713 kes hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan peningkatan pada Khamis iaitu sebanyak 5,713 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan bilangan keseluruhan kes Covid-19 di negara ini ialah sebanyak 2,492,343 kes.

“Daripada 5,713 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 93 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Sementara itu, sebanyak 5,620 kes (98.4 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 32 kes iaitu 12 warganegara dan 20 bukan warganegara.

Katanya, kes tempatan pula ialah sebanyak 5,681 kes iaitu 5,392 warganegara (94.9 peratus) dan 289 bukan warganegara (5.1 peratus).

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 550 kes iaitu 519 kes disahkan Covid-19 dan 36 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan, sebanyak 280 kes iaitu 218 kes disahkan Covid-19 manakala 62 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,”jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 5,865 kes sembuh pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,396,244 kes.