X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Perhilitan pantau lokasi kelibat harimau kumbang

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan memantau lokasi didakwa kelibat harimau kumbang dilihat berkeliaran di Kampung Batu Condong, Juasseh Tengah, Kuala Pilah.

Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata, pihaknya masih meneruskan pemerhatian melalui kamera perangkap yang dipasang sejak sebulan lalu selepas haiwan itu didakwa muncul di kampung berkenaan.

"Kamera berkenaan dipasang di lokasi sama cuma kedudukannya berbeza untuk kami mengumpul maklumat.

"Orang ramai khususnya penduduk kampung diminta melaporkan segera kepada pihak Perhilitan sekiranya ternampak kelibat atau kesan kehadiran harimau kumbang tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penduduk di kampung itu mendakwa melihat kelibat dua ekor harimau kumbang di sekitar kebun getah pada 2 Oktober lalu.

Kejadian pada jam 7.30 malam itu disedari oleh penghuni sebuah kediaman yang mendakwa melihat harimau berkenaan kira-kira 100 meter dari rumahnya yang berhampiran kebun getah.

Perhilitan Negeri Sembilan mengesahkan menerima laporan berhubung kemunculan haiwan berkenaan dan masih membuat pemantauan rapi sementara penduduk kampung diminta berwaspada.

ARTIKEL BERKAITAN: Salakan anjing penjaga kebun isyarat ada harimau


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!