Sila log masuk terlebih dahulu.

Klopp akui buat keputusan sukar keluarkan Mane

Klopp (kiri) meraikan kemenangan pasukannya selepas berjaya atasi cabaran Atletico.
Klopp (kiri) meraikan kemenangan pasukannya selepas berjaya atasi cabaran Atletico.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui berada dalam dilema ketika membuat keputusan menggantikan Sadio Mane pada separuh masa pertama meskipun pemain Senegal itu menampilkan persembahan hebat.

Menurut Klopp, keputusan itu terpaksa dibuat bagi mengelakkan Mane dibuang padang memandangkan penyerang tersebut sentiasa menjadi sasaran Atletico Madrid untuk dilayangkan kad merah sama seperti yang berlaku sebelum ini.

“Saya rasa semua orang di stadium menjangkakan Mane akan menjadi sasaran Atletico untuk dibuang padang pada perlawanan ini.

“Saya tidak bimbang dengan Mane kerana dia mampu mengawal emosinya. Dia tenang. Tetapi pemain (Atletico) kerap jatuh dan cuba untuk mendapatkan foul apabila mencabar bola di udara bersama Mane.

“Jadi saya fikir ia adalah tindakan yang betul untuk keluarkan Mane dan saya benci keputusan itu lebih daripada yang anda boleh bayangkan,” kata Klopp.

Pada perlawanan awal pagi Khamis, Liverpool melayakkan diri ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara apabila menewaskan Atletico Madrid 2-0 di Anfield meskipun mempunyai baki dua perlawanan lagi.

Dua gol Liverpool dijaringkan dalam tempoh 21 minit pertama oleh Diogo Jota dan Sadio Mane.

Dalam pada itu pengendali berbangsa Jerman berkata, dia sama sekali tidak menyangka pasukannya akan mara lebih awal memandangkan diundi bersama pasukan yang hebat.

Artikel Berkaitan:

Namun dia berharap anak buahnya dapat tampil konsisten pada baki dua perlawanan kumpulan selepas ini.

“Pada awalnya saya tidak menjangka Liverpool akan mara lebih awal memandangkan kami diundi dengan pasukan yang hebat namun kami berjaya layak dengan masih berbaki dua perlawanan.

“Kerja sudah selesai tetapi kami akan cuba memenangi dua perlawanan terakhir,” katanya.