Dua maut tercampak, kereta langgar pembahagi jalan

Keadaan kereta yang remuk selepas melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang pada Khamis.
Keadaan kereta yang remuk selepas melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Dua maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7, Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang, di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali sebagai Merioh Asok, 26, dan Yahaya Ampiu, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.09 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Avanza dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun bersama tiga penumpang.

"Kereta dipandu lelaki terbabit hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan dua penumpang tercampak atas jalan dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Norazam berkata, pemandu lelaki terbabit cedera parah tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

"Seorang lagi penumpang berjaya keluar dari kenderaan dan mengalami cedera ringan," ujarnya.

Beliau memberitahu, dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

"Dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.