Kanak-kanak lembam ditemukan lemas

Mayat mangsa diusung untuk dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kemaman bagi tindakan selanjutnya. Gambar kecil: Muhammad Ariff Danial Anuar ( Foto: Ihsan Pembaca)
Mayat mangsa diusung untuk dibawa ke Bilik Mayat Hospital Kemaman bagi tindakan selanjutnya. Gambar kecil: Muhammad Ariff Danial Anuar ( Foto: Ihsan Pembaca)
A
A
A

KEMAMAN - Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) lembam ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Pengkalan Cicar, Bukit Kuang, Chukai, di sini, pada Rabu.

Mangsa, Muhammad Ariff Danial Anuar, 13, yang juga pelajar Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kuang berjaya ditemukan kira-kira jam 5.28 petang oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa yang tinggal di Rumah Murah 2, Bukit Kuang mandi bersama tiga lagi rakan dan adiknya di lokasi yang terletak berjarak 600 meter dari rumahnya, kira-kira jam 1 tengah hari.

"Bagaimanapun, mangsa dikatakan lemas ketika mandi kira-kira 1.30 tengah hari, sebelum keluarga membuat panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang.

"Kira-kira dua jam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, mayat mangsa ditemukan di dasar sungai pada kedalaman kira-kira tiga meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan lemas," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, pada Rabu.

Hanyan berkata, susulan penemuan mayat mangsa, SAR yang disertai kira-kira 34 pegawai dan anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan polis, Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam ditutup secara rasmi kira- kira jam 6 petang.

Artikel Berkaitan: