Polis cari saksi bantu siasatan kes bunuh

Polis mengesan Ahmad Harith bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Pandamaran Jaya, September tahun lalu.
Polis mengesan Ahmad Harith bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Pandamaran Jaya, September tahun lalu.
A
A
A

KLANG - Polis mengesan seorang lelaki yang juga saksi bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di Jalan 2, Pandamaran Jaya, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, 17 September lalu, seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun cedera selepas ditikam di bahagian perut dengan senjata tajam.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia sehari selepas kejadian semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit, Ahmad Harith Ng Abdullah, 20, dan beralamat di Pelangi Court off Jalan Meru, dikenal pasti dapat membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Asisten Superintendan (ASP) Syed Mohd Robart di talian 0197505555 atau IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

Artikel Berkaitan: