Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 9 sen

Harga runcit petrol RON97 naik 9 sen seliter kepada RM3.06 mulai Khamis hingga 10 November. Foto hiasan
Harga runcit petrol RON97 naik 9 sen seliter kepada RM3.06 mulai Khamis hingga 10 November. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 4 November hingga 10 November, demikian menurut Kementerian Kewangan pada Rabu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter sementara harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: