Kejayaan di WorldSkills Asia bukti TVET kompeten

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar (berdiri lapan, kanan) dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir (berdiri tujuh, kiri) bergambar kenangan bersama kontinjen Malaysia pada Majlis Sambutan Kontinjen Malaysia dari WorldSkills Asia (WSA) Abu Dhabi 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Kontinjen Malaysia berjaya memenangi tiga pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat ‘Medallion Of Excellent’ daripada 17 bidang kemahiran yang dipertandingkan melibatkan penyertaan 19 buah negara termasuk Malaysia.- Foto Bernama.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar (berdiri lapan, kanan) dan Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir (berdiri tujuh, kiri) bergambar kenangan bersama kontinjen Malaysia pada Majlis Sambutan Kontinjen Malaysia dari WorldSkills Asia (WSA) Abu Dhabi 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Kontinjen Malaysia berjaya memenangi tiga pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat ‘Medallion Of Excellent’ daripada 17 bidang kemahiran yang dipertandingkan melibatkan penyertaan 19 buah negara termasuk Malaysia.- Foto Bernama.
A
A
A

SEPANG - Kejayaan kontinjen Malaysia yang meraih 11 pingat dalam WorldSkills Asia (WSA) Abu Dhabi 2018 membuktikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara adalah kompeten, berkualiti dan berkemahiran tinggi, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, enam daripada jumlah keseluruhan lapan peserta negara berjaya membawa balik pingat iaitu tiga peserta mendapat pingat emas dan tiga lagi pingat perak.

Sebanyak 17 bidang kemahiran dipertandingkan dalam WSA 2018 yang melibatkan penyertaan 19 buah negara termasuk Malaysia. Antara bidang yang dipertandingkan ialah welding, mengecat kereta, pendingin hawa dan peti sejuk.

Sementara itu, seorang daripada pemenang pingat emas, Mohamad Ridzuan Wahid, 20 dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua yang meraih pingat emas dalam bidang mengecat kereta berkata, beliau akan melakukan persediaan rapi untuk penyertaan ke WSC tahun hadapan bagi memastikan mampu mengulangi kejayaan membawa pulang pingat emas. - Bernama.

Artikel Berkaitan: