Usahawan Medac bakal terima pinjaman perniagaan

Noh (kanan) melawat pameran jualan usahawan selepas merasmikan Zoom-In Usahawan Selangor pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) 2021/2022 di Bangunan Kumpulan Muara hari ini.
 - Foto Bernama
Noh (kanan) melawat pameran jualan usahawan selepas merasmikan Zoom-In Usahawan Selangor pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) 2021/2022 di Bangunan Kumpulan Muara hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PARA usahawan yang dilatih di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mendapat bantuan pinjaman kewangan bagi memberi peluang mereka memulakan perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan itu adalah bagi memastikan setiap kursus atau latihan di bawah MEDAC bukan sekadar memberikan sijil sahaja.

“Kementerian memberi latihan bukan untuk dapatkan sijil, boleh bagi sijil tapi apa maknanya dapat sijil tetapi mereka balik dengan tangan kosong dan tidak boleh mulakan perniagaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia di sini Rabu.

Noh berkata, perkara tersebut adalah dasar yang diusahakan beliau untuk membantu usahawan segera pulih daripada pandemik Covid-19.

“Oleh sebab itu, mana-mana usahawan yang dilatih di bawah MEDAC, mereka layak untuk mendapatkan pinjaman dan jumlahnya akan ditentukan melalui penilaian pegawai kementerian,” katanya.

Selain itu, buat masa ini beliau telah mengeluarkan arahan kepada kakitangan kementerian untuk membantu para usahawan tanpa melalui proses semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau mendapat penilaian daripada agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS). - Bernama

Artikel Berkaitan: