50 penghuni Rumah Panjang Bukit Kiara terima tajaan Pusat Pakaian Hari-Hari

Shahidan (empat dari kiri, berdiri) bergambar bersama sebahagian anak-anak dari Rumah Panjang Bukit Kiara yang menerima sumbangan pakaian untuk Deepavali.
Shahidan (empat dari kiri, berdiri) bergambar bersama sebahagian anak-anak dari Rumah Panjang Bukit Kiara yang menerima sumbangan pakaian untuk Deepavali.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keprihatinan Pusat Pakaian Hari-Hari yang menaja pembelian dua pasang pakaian buat hampir 50 anak-anak daripada Rumah Panjang Bukit Kiara bagi persiapan Deepavali melegakan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Ibu kepada dua anak, I Kayatira, 36, berkata, berbaki sehari menjelang Deepavali, bantuan tersebut ibarat pepatah orang mengantuk disorongkan bantal kerana dia belum membuat sebarang persiapan untuk sambutan perayaan itu pada Khamis.

Kayatira menemani dua anaknya memilih dua pasang pakaian untuk sambutan Deepavali.
Kayatira menemani dua anaknya memilih dua pasang pakaian untuk sambutan Deepavali.

Menurut Kayatira, mereka sekeluarga masih belum berpeluang membeli pakaian anak-anak kerana suaminya belum menerima gaji.

"Saya hanya harapkan gaji suami kerana saya tidak bekerja. Kami hanya beli apa yang perlu sahaja, Deepavali disambut secara sederhana bersama keluarga.

"Bagaimanapun, selepas anak-anak mendapat tajaan baju baharu pastinya saya gembira dan anak-anak juga bersemangat menyambut Deepavali," katanya ketika menemani anaknya memilih baju di Pusat Pakaian Hari-Hari Chow Kit pada Selasa.

Seorang lagi penerima, T Rajatirath, 35, yang bekerja di kilang plastik turut meluahkan rasa lega kerana dapat menyediakan baju baharu buat empat orang anaknya yang berusia antara 3 hingga 12 tahun.

Rajatirath selesai memilih pakaian buat empat anaknya di Hari-Hari Chow Kit pada Selasa.
Rajatirath selesai memilih pakaian buat empat anaknya di Hari-Hari Chow Kit pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

"Pada musim Covid-19 ini memang ramai yang susah jadi apabila ada yang tampil menghulurkan bantuan pastinya kita yang dalam keluarga B40 berasa lega.

"Kami sambut raya secara sederhana dan beli mengikut keperluan sahaja. Kami beraya di rumah sahaja kerana masih berhati-hati ketika Covid-19," katanya.

Sementara itu Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Amilludin Latip berkata, program itu mendapat kerjasama daripada Rumah Prihatin yang menyediakan senarai penerima dan penyediaan pengangkutan untuk ke cawangan Hari-Hari Chow Kit untuk memilih pakaian persiapan menyambut Deepavali.

Amiludin
Amiludin

"Kami rasa bertuah dapat sama-sama menceriakan perayaan Deepavali buat keluarga yang memerlukan.

"Setiap perayaan kami memang menyediakan peruntukan bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada setiap kaum. Ini adalah komitmen kami menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Turut hadir pada program itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata, pihaknya menyambut baik penyertaan syarikat korporat membantu golongan kurang berkemampuan ketika berdepan cabaran Covid-19.

Pada masa sama, kementeriannya akan meneruskan program-program kebajikan dan sukarelawan yang diperkenalkan sebelum ini, selagi ia memberi manfaat kepada warga kota khususnya mereka yang memerlukan.