Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Covid-19 meningkat semula di Belanda

Gambar fail menunjukkan beberapa orang memakai pelitup muka di Amsterdam. - Foto AP
Gambar fail menunjukkan beberapa orang memakai pelitup muka di Amsterdam. - Foto AP
A
A
A

THE HAGUE - Belanda melaksanakan semula pemakaian pelitup muka di kebanyakan kawasan awam selepas berlaku peningkatan kes Covid-19, kata Perdana Menteri negara itu, Mark Rutte pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan turut menguatkuasa semula penjarakkan sosial sejauh 1.5 meter dan melanjutkan lagi pas koronavirus itu di tempat-tempat awam seperti muzium dan restoran.

Orang ramai juga dinasihatkan bekerja dari rumah dan tidak keluar pada waktu yang sibuk.

Negara berkenaan merekodkan purata 7,711 ujian kes ujian Covid-19 pada setiap hari sejak minggu lalu iaitu peningkatan sebanyak 39 peratus berbanding minggu sebelumnya, kata sebuah badan kesihatan awam pada Selasa.

Negara yang mempunyai 17 juta penduduk itu telah mencatatkan 18,441 kematian akibat Covid-19 tetapi hampir 84 peratus warga dewasanya sudah divaksinasi manakala Menteri Kesihatan, Hugo de Jonge dilaporkan berkata, sudah tiba masanya rakyat Belanda yang masih belum mendapatkan suntikan Covid-19 supaya mendapatkannya.

Pada September lalu, kerajaan menamatkan penjarakkan sosial dan mengeluarkan pas koronavirus terhadap rakyatnya yang sudah menerima vaksinasi serta pulih daripada virus tersebut atau telah mendapat keputusan ujian negatif Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: