CovidNow: 95.7 Peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 122,142 dos vaksin harian diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,306,343 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam seramai 2,171,270 individu atau 69 peratus telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 83.2 peratus atau 2,619,573 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 56,493 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 407,607 dos. - Bernama

Artikel Berkaitan: