Nelayan hilang, dikhuatiri lemas

Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas keluar menangkap ikan di Pantai Beringgis, Kampung Beringgis, pada Selasa.
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas keluar menangkap ikan di Pantai Beringgis, Kampung Beringgis, pada Selasa.
A
A
A

PAPAR - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas keluar menangkap ikan di Pantai Beringgis, Kampung Beringgis, di sini, pada Selasa.

Mangsa, Halid Bidin, 33, dikatakan turun ke laut sejak petang namun tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam sebelum penduduk kampung bertindak mencarinya namun hanya menemui bot milik mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.40 malam.

Katanya, empat anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian.

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung bagi mengenal pasti identiti mangsa yang hilang.

"Sebaik maklumat diperoleh, pasukan operasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kaedah pencarian 'surface rescue'," katanya ketika dihubungi," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Bagaimanapun, jurucakap berkata, sehingga kini, mangsa masih tidak ditemui dan operasi pencarian diteruskan di kawasan sekitar mangsa dilaporkan hilang dan lokasi penemuan bot.

Katanya, maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan: