X

Kindly register in order to view this article
!

Harap misteri kehilangan MH370 dapat diselesaikan

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap misteri kehilangan MH370 lima tahun lepas akan dapat diselesaikan supaya kesemua mangsa dapat disemadikan dengan baik dan waris mereka lebih tenang.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Malaysia Airlines (MAS) yang berharap pihak berkuasa mempertimbangkan langkah untuk mengaktifkan semula misi pencarian pesawat berkenaan, beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Kalau bolehlah... hendak juga (pencarian diteruskan). Takkan hilang begitu sahaja. Sekurang-kurangnya ada rangka boleh tengok dan disemadikan. Waris juga lega apabila mangsa dapat semadikan secara baik," katanya kepada pemberita ketika program Brisk Walk Timbalan Perdana Menteri di Taman Laman Perdana, di sini, hari ini.

Wan Azizah berkata beliau sentiasa mengingati mereka yang terlibat dalam MH370, satu tragedi yang menjadi misteri hingga sekarang.

"Saya berharap keluarga mangsa bersabar, berdoa dan dapat teruskan kehidupan masing-masing," katanya lagi.

MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 227 penumpang dan 12 kru. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!