Covid-19: 70 lagi kematian direkodkan

Sebanyak 70 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Sebanyak 70 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 70 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu sebanyak 29,045 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sejumlah 15 daripada 70 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 66,862 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 51,472 individu atau 77 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,988 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, sebanyak 5,845 kes dirawat di hospital dan 557 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 257 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 300 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: