X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Harimau Selatan tempat slot suku akhir Piala Malaysia

Bergson da Silva antara penjaring gol untuk Harimau Selatan ketika menewaskan Sabah dalam perlawanan Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim. Foto: Johor Southern Tigers
A
A

JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan slot suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah Sabah FC 3-0 dalam perlawanan Kumpulan D di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Skuad Benjamin Mora terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Leandro Velazquez pada minit keenam hasil rembatan kencang selepas menerima hantaran Bergson Da Silva untuk menewaskan penjaga gol The Rhinos, Rozaimie Rohim.

Harimau Selatan yang terus mengasak melebarkan jaringan kali ini menerusi Bergson Da Silva yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34', selepas sepakan lintang Corbin Ong terkena tangan pemain pelawat, Ummareng Bacok di kawasan penalti untuk menuju ke bilik persalinan dengan mendahului 2-0 babak pertama.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berusaha bangkit memburu gol, namun keampuhan barisan pertahanan Harimau Selatan berjaya mematahkan percubaan pemain The Rhinos.

Tuan rumah yang terus berselera menambah jaringan menggandakan asakan akhir berjaya menambah jaringan menerusi tandukan Bergson Da Silva yang sekali lagi menewaskan Rozaimie pada minit ke-93'.

Tiga mata di laman sendiri itu membolehkan Harimau Selatan mengumpul 12 mata selepas mengharungi empat perlawanan, manakala Sabah kekal di kedudukan tercorot dengan dua mata.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D di Kota Bharu, Kelantan FC dan PJ City FC berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!