Bekas pencari bakat Boca Juniors, Independiente kini bersama JDT

Griffa dilantik Ketua Unit Pencarian Bakat dan Pembangunan Belia JDT. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Griffa dilantik Ketua Unit Pencarian Bakat dan Pembangunan Belia JDT. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pelantikan bekas pencari bakat Boca Juniors dan Independiente, Diego Griffa sebagai Ketua Unit Pencarian Bakat dan Pembangunan Belia kelab tersebut.

Menurut jurucakap kelab itu, pelantikan Griffa yang berpengalaman luas bertujuan memperkukuh unit pencarian bakat Harimau Selatan.

"Griffa yang menyertai JDT pada 202 sebelum ini pernah berkhidmat dengan Boca Juniors (Argentina), Necaxa Club (Mexico), Independiente Club (Argentina) dan Aurora Club (Bolivia).

"Griffa juga menjadi penasihat beberapa pentadbiran wilayah tempatan Argentina berkenaan perkara-perkara pembangunan," kata JDT menerusi akaun Facebook miliknya.

Antara bakat-bakat luar negara yang dicari oleh beliau sebelum ini termasuk Giovani Lo Celso (Tottenham), Ezequiel Barco (Atlanta United), Walter Montoya, Cesar Meli (kedua-duanya Racing Club).

Artikel Berkaitan: